Adalah dimaklumkan bahawa satu Lawatan Sambil Belajar Ke Jepun untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah akan diadakan pada 17 – 24 November 2006.

Cadangan program ini diadakan bagi memenuhi beberapa permintaan ibu-bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka semasa musim cuti sekolah selain menimba pengalaman di negara orang.
Program ini juga adalah program alternatif bagi mereka kerana terdapat persatuan-persatuan lain yang mempunyai program yang serupa ( untuk pelajar-pelajar ).

Walaubagaimanapun memandangkan masa, belanja dan tempat yang terhad , maka program ini dibuat atas first come first serve basis.