Rintihan
Razza Rizali

Malam itu Papa ajak aku makan di Kyoto, dekat Hotel Indah, bilik tatami nombor 32. Papa selalu makan disitu. Malah Papa kenal benar dengan chef disitu. Chef Tsetuya. Makanan di situ taklah sesedap mana. Interpretasi sonsang makanan Jepun yang dimasak oleh seorang Hokkien. Sekali pandang memang tahu benar Chef Tsetuya itu sebenarnya Hokkien.